Entri #4

Sewaktu saya membeli token emarti lagi rakaman suara wanita — saya kira umurnya dalam 30-an berdasarkan kedalaman lontaran suaranya yang tak seperti belia remaja — diulang dengar berkali-kali mengatakan perkhidmatan keretapi akan berakhir sebentar saja lagi — saya tak tau sebentarnya itu berapa lama — dan saya bersama seorang kawan pun menuruni tangga besi — […]

Entri #3

LRT senyap sunyi. Yang ada cuma suara dari narator memberitahu stesen berikutnya dan setiap kali ia berhenti. Faiq naik dari stesen Taman Melati. Nora dari Wangsa Maju. Waktu Nora masuk, Nora duduk di kerusi berhadapan dengan Faiq. Faiq yang buat-buat tak nampak kedatangan Nora memandangnya bila Nora memandang tempat lain. Nora juga berpura-pura seperti Faiq […]

Entri #2

Balik dari PBAKL di PWTC jam sembilan tadi saya menggunakan LRT menuju ke Pandan Jaya. Dan saya terlajak ke hentian Cheras kerana saya tidak tahu LRT yang saya naiki rupanya tidak menuju ke kawasan Ampang. Saya pernah terlepas stesen beberapa kali dan yang menariknya saya akan tersedar bila LRT tiba hentian Cheras. Ini satu magis. Kerana saya hanya pernah […]

Entri #1

Saya suka berjalan. Dan antara ruang paling seronok untuk saya berjalan adalah di dalam gerabak LRT. Bila LRT sampai, saya akan masuk melalui gerabak yang paling hujung. Selepas itu saya akan berjalan ke gerabak-gerabak lain sampailah yang ke hujung lagi satu. Di sana saya akan duduk atau berdiri seketika sambil menunggu tren untuk berhenti bagi […]